Tuesday, July 6, 2010

Pengenalan

Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Institut Kemahiran MARA Lumut diketuai oleh Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan Dan Hal Ehwal Pelajar). Memang menjadi hasrat dan keutamaan Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk membantu dan saling melengkapi program akademik bagi membina pelajar yang cemerlang dan bersahsiah mulia.

Bagi menyokong proses pengajaran dan pemelajaran yang efektif serta persekitaran yang kondusif, pejabat ini merancang untuk meningkatkan prasarana yang perlu secara berterusan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar. Di samping itu, pejabat ini juga menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang telah menjadi teras untuk membina jati diri, sahsiah murni dan ketrampilan diri yang sempurna sebagai individu yang produktif serta mempunyai kepekaan sosial.

Pejabat ini mempunyai beberapa unit/aktiviti untuk memberi perkhidmatabn serta menyokong pentadbiran Institut, seperti berikut :-

  1. Hal Ehwal Pelajar
  2. Latihan Industri
  3. Kaunseling
  4. Kemudahan
  5. Ko-Kurikulum
  6. Kebajikan Pelajar


kemudahan

Fungsi

  1. Melaksanakan dan memantau disiplin dan tatatertib pelajar agar selari dengan Peraturan Tatatertib Institut.
  2. Merancang, mengurus dan melaksana dasar program pembangunan dan kepimpinan pelajar.
  3. Merancang, mengurus, melaksana, menyelaras dan memantau pengurusan program-program utama Pejabat Hal Ehwal Pelajar.
  4. Menyelia kemudahan penempatan, pengangkutan dan kebajikan mahasiswa.
  5. Mengurus sistem pentadbiran dan operasi jabatan selari dengan visi, misi dan polisi kualiti Institut.
  6. Mengemaskini data pelajar Institut dalam Sistem Maklumat Pelajar.
  7. Mengurus dan menyelaras urusan-urusan yang berkaitan dengan Elaun pelajar.
  8. Memberikan khidmat nasihat kepada pelaksanaan aktiviti-aktiviti kelab dan program-program pelajar.

Objektif dan Kualiti

  1. Memproses dan memaklumkan apa jua permohonan pelajar dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap di terima.
  2. Menyediakan penginapan yang selesa menempatkan sehingga 100 peratus daripada jumlah pelajar Institut.
  3. Menganjurkan latihan dan pembangunan pelajar sekurang-kurangnya 6 kali setahun.
  4. Memastikan sekurang-kurangnya 90 peratus pelajar keluar mengundi semasa Pemilihan Badan Perwakilan Pelajar yang diadakan sekali setiap tahun.
  5. Menyiasat semua aduan atau masalah tatatertib pelajar dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  6. Menggurangkan aduan pelajar sekurang-kurangnya 1% setiap tahun.

Visi, Misi, Motto

Visi

Berazam Memartabatkan Pelajar Ke Arah Kecemerlangan

Misi

Untuk Melahirkan Modal Insan Yang Memiliki Kemahiran Insaniah Yang Tinggi Dalam Mendukung Visi dan Misi Institut Berteraskan Program-Program Berkualiti


Motto

"KECEMERLANGAN DAN KESEMPURNAAN"

Kemudahan

  1. Dewan Besar
  2. Dewan Teater
  3. Bilik Bincang
  4. Bilik Tamu
  5. Dewan makan
  6. Surau
  7. Asrama Putra & Putri
  8. Bas
  9. Van
  10. Pick Up
  11. Padang Permaianan
  12. Kedai Koperasi
  13. Cyber Cafe

STAF HEP





Nama : MOHD AZAM BIN MOHD SALEH
Jawatan : Timbalan Pengarah (KPHP)
Emel : mazam57@gmail.com





Nama : Mohd Rashid
Jawatan : Kaunselor
Emel : rashid@gmail.com









kemudahan